Berkongsi Tanda Kita Peduli.

Kali ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam dan salam harmoni serta selamat bercuti kepada semua.

Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar.

Alhamdulillah. Sekali lagi Allah menemukan kita dengan salah satu dari 2 perayaan terpenting di dalam Islam iaitu Aidil Adha atau lebih dikenali di Malaysia sebagai Hari Raya Korban.

Hari Raya Korban adalah hari perayaan yang mengandungi pelbagai mesej dan pengajaran penting jika kita benar-benar menghayatinya.

Salah satunya ialah ibadah korban. Ia merupakan sunat muakkad bagi umat Islam dan makruh meninggalkannya bagi orang yang berkemampuan.

Firman Allah dalam surah Al-Kauthar ayat 1-2,
"Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)".

Hari Raya Korban mengingatkan kita betapa pentingnya berkongsi kurniaan Allah.

Kalaulah daging korban pun kita disuruh berkongsi dengan kerabat, jiran dan orang miskin apatah lagi kurniaan lain misalnya ilmu, kemewahan atau pendapatan berlebihan; yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita.

Firman Allah dalam surah Al-Hajj ayat 37: "Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya".

Mudah-mudahan, kita sama-sama dapat menghayati lebih banyak lagi mesej dan pengajaran Hari Raya Aidil Adha.

Berkongsi tanda kita peduli.

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Comments

Popular posts from this blog

Bila PM Tidak Puas Hati

Sayangi Malaysiaku

Salam Maal Hijrah 1440H